Thursday, January 8, 2009

Blog kami untuk 2009

Assalamualaikum. Untuk semua pengunjung dan pembaca pihak PPKI SKDB ingin memaklumkan bahawa bermula pada Januari 2009 kami telah melancarkan blog baru khas untuk segala aktiviti bagi tahun 2009. Blog baru ini dibina bagi menambahbaikkan blog sedia ada agar lebih ceria, tersusun dan memberikan kepuasan kepada pengunjung. Namun begitu sebagai blogger yang amatur tentunya terdapat banyak kekurangan dalam susun atur dan penyampaian blog kami, oleh itu kami mengalu - alukan sebarang bentuk komen dan teguran yang ingin anda sampaikan.

Dengan ini kami menjemput anda semua mengunjungi blog baru kami untuk tahun 2009 di http://pendidikankhasskdb.blogspot.com . Banyak pembaharuan dari segi penyampaian dan visualisasi yang di tampilkan. Selamat membaca!

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA... 1429 HIJRAH

Warga Kelas PPKI SK Dewan Beta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tetamu blog ini. Semoga perayaan ini menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Friday, December 5, 2008

Kelas berwajah baru...




Pada musim cuti sekolah ini, PPM telah membuat pelbagai bahan bantu mengajar seperti gambar haiwan, bentuk, grafik yang menarik dan sebagainya untuk kelas bagi menghadapi sessi persekolahan 2009.Setiap ruang kelas dimanfaatkan sepenuhnya supaya dapat memberi ilmu dan pengalaman kepada murid istimewa. Tahniah diucapkan kepada Abang Zi, Ummi Ha dan Ummi Za di atas komitmen yang diberikan.

Saturday, November 29, 2008

Berhati-hati Semasa Cuti Sekolah

Kepada murid-murid PPKI SK. Dewan Beta, Cikgu ingin memberi beberapa peringatan mengenai menjaga keselamatan diri dimusim cuti sekolah:
  1. Musim ini hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir. Jangan bermain di tepi sungai atau tali air kerana musim ni tempat tu air agak dalam dan mengalir deras, jika terjatuh ke dalam sungai atau tali air kemungkinan kita tidak dapat menyelamatkan diri.
  2. Jika banjir, Jangan bermain air tersebut kerana ia membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah.
  3. Jika pergi bersiar-siar mestilah memberitahu ibu bapa dan hendaklah ditemani oleh adik beradik atau orang dewasa yang dikenali untuk menggelakkan berlaku perkara yang tidak diingini....

Ok..lah jaga diri baik-baik dan selamat bercuti..

Friday, November 28, 2008

Terima Kasih Banyok... dan selamat bertugas

Kami ingin mengucapkan selamat bertugas di musim cuti sekolah ini kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Kelas PPKI SK Dewan Beta ( Abang Zi, Ummi Za dan Ummi Ha) yang begitu komited dalam menjalankan tugas mengemas , membuat alat bantu mengajar dan menceriakan kelas demi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI SKDB. Walaupun kelas yang agak uzur dan berlaku kebocoran ketika musim hujan, tetapi usaha yang jitu daripada kalian semua dapat memberi "keserian" kelas tersebut. Semoga usaha anda mendapat balasan yang baik dari-Nya kelak... Terima Kasih Banyok..

Friday, November 21, 2008

Selamat Bercuti...

Kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid Kelas PPKI SK Dewan Beta sempena Cuti Akhir Semester 2 Tahun 2008 bermula 14 November 2008 hingga 3 Januari 2009. Persekolahan Tahun 2009 bermula 4 Januari 2009 (AHAD). Diharapkan semua murid dapat memenuhi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat menjaga keselamatan diri dengan baik... Kalau pergi bercuti tu.. jangan lupa beli ole-ole kat cikgu ye...

Wednesday, November 12, 2008

Takziah .......dari kami

Kami turut bersedih di atas kematian ayahanda kepada Guru Penyelaras PPKI kami, Cikgu Azman yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 3pagi hari ini. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan solehin.

Al Fatihah