Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA... 1429 HIJRAH

Warga Kelas PPKI SK Dewan Beta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tetamu blog ini. Semoga perayaan ini menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Friday, December 5, 2008

Kelas berwajah baru...




Pada musim cuti sekolah ini, PPM telah membuat pelbagai bahan bantu mengajar seperti gambar haiwan, bentuk, grafik yang menarik dan sebagainya untuk kelas bagi menghadapi sessi persekolahan 2009.Setiap ruang kelas dimanfaatkan sepenuhnya supaya dapat memberi ilmu dan pengalaman kepada murid istimewa. Tahniah diucapkan kepada Abang Zi, Ummi Ha dan Ummi Za di atas komitmen yang diberikan.

Saturday, November 29, 2008

Berhati-hati Semasa Cuti Sekolah

Kepada murid-murid PPKI SK. Dewan Beta, Cikgu ingin memberi beberapa peringatan mengenai menjaga keselamatan diri dimusim cuti sekolah:
  1. Musim ini hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir. Jangan bermain di tepi sungai atau tali air kerana musim ni tempat tu air agak dalam dan mengalir deras, jika terjatuh ke dalam sungai atau tali air kemungkinan kita tidak dapat menyelamatkan diri.
  2. Jika banjir, Jangan bermain air tersebut kerana ia membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah.
  3. Jika pergi bersiar-siar mestilah memberitahu ibu bapa dan hendaklah ditemani oleh adik beradik atau orang dewasa yang dikenali untuk menggelakkan berlaku perkara yang tidak diingini....

Ok..lah jaga diri baik-baik dan selamat bercuti..

Friday, November 28, 2008

Terima Kasih Banyok... dan selamat bertugas

Kami ingin mengucapkan selamat bertugas di musim cuti sekolah ini kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Kelas PPKI SK Dewan Beta ( Abang Zi, Ummi Za dan Ummi Ha) yang begitu komited dalam menjalankan tugas mengemas , membuat alat bantu mengajar dan menceriakan kelas demi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI SKDB. Walaupun kelas yang agak uzur dan berlaku kebocoran ketika musim hujan, tetapi usaha yang jitu daripada kalian semua dapat memberi "keserian" kelas tersebut. Semoga usaha anda mendapat balasan yang baik dari-Nya kelak... Terima Kasih Banyok..

Friday, November 21, 2008

Selamat Bercuti...

Kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid Kelas PPKI SK Dewan Beta sempena Cuti Akhir Semester 2 Tahun 2008 bermula 14 November 2008 hingga 3 Januari 2009. Persekolahan Tahun 2009 bermula 4 Januari 2009 (AHAD). Diharapkan semua murid dapat memenuhi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat menjaga keselamatan diri dengan baik... Kalau pergi bercuti tu.. jangan lupa beli ole-ole kat cikgu ye...

Wednesday, November 12, 2008

Takziah .......dari kami

Kami turut bersedih di atas kematian ayahanda kepada Guru Penyelaras PPKI kami, Cikgu Azman yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 3pagi hari ini. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan solehin.

Al Fatihah

Wednesday, November 5, 2008

Tahniah Untuk Cikgu Na..


Warga Kelas PPKI SKDB mengucapkan tahniah kepada Cikgu Normahana Bt. Muhd Nawawi kerana telah mendapat tawaran mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) Pendidikan Khas... Selamat menjalani pengajian dan berkecimpung ke dunia perguruan Pendidikan Khas. Guru, PPM dan Murid Kelas PPKI SKDB sentiasa mendoakan kejayaan anda....Tahniah

Sunday, November 2, 2008

Demam peperiksaan...jawab elok-elok ye..

Pada minggu ini 2 hingga 6 November 2008 adalah minggu peperiksaan kelas PPKI SK Dewan Beta. Buat adik Barakah, Aliya, Fauzan dan Alin diucapkan selamat menjawab peperiksaan dan Good Luck.... Jangan tiru ye..

Sunday, October 26, 2008

Gambar PESKO-Part 1

Adik Alya ceria dengan kawan-kawan

Semua.....sedia!


Waduh.....Adik Barakath bersemangat dengan kawan-kawan


Saturday, October 25, 2008

Jangan lupa yea......visit





Gambar di atas sebagai gimik

Pembaca setia boleh klik di sini untuk sama berkongsi gambar-gambar menarik yang kami telah dan akan muat turun, rajin-rajinlah ke sana juga yea!


http://moreinfos.blogspot.com/

Friday, October 24, 2008

apa tu.......majlis raya di Sinar Harian rupanya!


Pengunjung : 1312

Jumaat 24-10-2008




Murid OKU tonjol bakat

DEWAN BETA – Kemeriahan sambutan hari raya Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta di sini, semalam dapat dirasai dengan kehadiran murid-murid berpakaian raya dan membawa juadah beramai-ramai.

Menurut guru penyelarasnya, Azman Abd Latif, murid-murid daripada kelas Integrasi Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) turut serta memeriahkan sambutan tersebut.

“Walaupun tidak seperti kanak-kanak lain, tetapi mereka juga begitu teruja apabila melihat suasana kemeriahan sambutan yang diadakan oleh pihak sekolah ini,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sebagai guru kepada kelas integrasi mereka sentiasa menggalakkan murid-murid istimewa itu untuk menyertai semua aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah.

Azman berkata, mereka tidak mahu murid-murid istimewa itu dilayan berbeza dan pendedahan seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengenali kehidupan sebenar.

Menurutnya, ia juga dapat memupuk keyakinan diri murid-murid istimewa agar mereka tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan murid-murid biasa di sekolah ini.

“Mereka juga sebahagian daripada warga sekolah dan kami di sini mahu melihat mereka rasa dihargai dan bersama-sama bergembira dalam majlis ini,’’ katanya.


petikan di sinar harian, sila klik di bawah
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2082635.asp

Wednesday, October 22, 2008

Aktiviti kelas sebelum cuti

Penyelaras dan guru serta ppm bersepakat pada 29hb Oktober 2008 (Rabu) akan diadakan aktiviti luar terakhir untuk sesi persekolahan tahun ini.

TENTATIF:

TEMPAT : KB MALL ( di Kota Bharu....yea!)

AKTIVITI:

a) Membawa murid ke pelbagai jenis kedai di mall
b) Perlawanan bowling raya
c) Jamuan akhir tahun kelas dan majlis perpisahan Cikgu Na (yang akan tamat
kontraknya sebagai gsst di SKDB)




MySpace Icons

Majlis Persaraan Cikgu Hasnah Ahmad



Pada 14-10-2008 merupakan detik kenangan sempena persaraan Cikgu Hasnah. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu yang mengajar Tahun 5 dan 6. Beliau telah berkhidmat di sekolah kami selama hampir 10 tahun. Semoga Cikgu Hasnah sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di persada persaraan.

Tuesday, October 21, 2008

Majlis Hari Raya Aidilfitri di sekolah kami




Pada 11hb Oktober 2008 yang lalu, kami turut serta meraikan majlis hari raya bersama pihak sekolah.Acara dimulakan dengan ceramah raya oleh penceramah jemputan.Kemudian kami berkumpul di kantin sekolah dan bersama menjamu selera dengan pelbagai juadah yang best-best.Pihak kantin juga tidak ketinggalan menjamu kami dengan hidangan percuma iaitu mee-hoon goreng.

Lamanya blog kami "cuti"....hehehe

Hampir 20 Syawal.....yea raya sakan kami.Mohon maaf kerana lama tak update blog. Kami menerima pelbagai respon sepanjang ketiadaan kami. Wah nampaknya ada yang rindu cerita kami yea.

Terima kasih di atas sokongan kalian...kami tau ramai silent readers yang sudi membaca blog kami yang tidak seberapa ini. Namun sedikit sebanyak dapat kita kongsi bersama aktiviti kelas kami ini.

Nantikan update kami seterusnya!


MySpace GraphicsMySpace Graphics

Sunday, September 28, 2008

Ucapan Raya dari Cikgu





semoga syawal kali ini bertambah meriah dan disambut dengan kesyukuran
ikhlas: cikgu azman. cikgu suhaimi. cikgu normahana




Saturday, September 27, 2008

Ucapan Raya dari PPM




raikan aidilfitri dengan ceria

ikhlas: abang zamzi.ummi jefliza.ummi sameeha


Friday, September 26, 2008

Bermulanya cuti........Raya Aidlfitri

Hari ini bermula cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 2008
dari 26-9-2008 sehingga 4-10-2008
p/s: kepada pembaca blog yang setia......nantikan entry spesel esok dan lusa

Duit Puasa atau Raya...

Sempena bulan puasa, masih ingat carta puasa kelas?
Syukur alhamdulilah hasil sokongan padu daripada guru dan ppm, murid telah berjaya berpuasa mengikut kemampuan individu. Sepanjang pemerhatian kami, hasil yang amat positif dan memberangsangkan dapat dilihat pada setiap murid dari hari ke hari. Meski pada awalnya pelbagai ragam seperti
" opss ..kita tak makan tapi minum jah"
" lin tak posa......dia makei cekelat"
Yang pasti murid ini mampu dilatih dan diasuh. (meski gege sokmo!)
Tahniah kepada GURU dan PPM!
Satu majlis penyampaian duit puasa (dan raya......laaakan) diadakan dan disaksikan oleh seluruh warga sekolah dengan harapan agar murid merasai kegembiraan dan satu cabaran kepada murid normal untuk berazam puasa penuh pada tahun hadapan.





TEMPAT PERTAMA : ADIK BARAKATH

TEMPAT KEDUA : ADIK ALYA

TEMPAT KETIGA : ADIK FAUZAN


p/s: Tempat keempat pastinya adik Izleen...tiada dalam gambar kerana dia tidak hadir.

Thursday, September 25, 2008

Terima kad raya dari jauh..................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semua teruja bila mendapat kad raya dari
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


Its a BOY



Ini baru betul gambar baby boy Ummi Sameeha....yang sebelum ni gimik aje!
Nama baby ialah NIK HAFIY RAIYAN BIN NIK HELMI FAIES
Ummi Sameeha dan baby Raiyan dalam keadaan sihat walafiat
.

Tuesday, September 23, 2008

Monday, September 22, 2008

Jarum dan benang



Untuk kelas kemahiran hidup pada 11-9-2008, murid diajar membuat bekas pensel yang diajar oleh Cikgu Suhaimi dan dibantu oleh Cikgu Azman dan PPM.

Untuk membuat bekas pensel :

a) kain- kami menggunakan jenis jeans agar tahan lama

b) jarum

c) benang

d) gunting

Syawal sudah terasa..........



Sudah hampir 3 minggu kita berpuasa, suasana kelas kami juga semakin ceria dan meriah dengan kad ucapan hari raya.

Saturday, September 20, 2008

Bowling time

Tahniah Ummi Ha




Kami mengucapkan tahniah kepada PPM, Ummi Sameeha kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 16hb September 2008.

Thursday, September 18, 2008

Oooooo......ke situ

Ramai pembaca blog memberikan pelbagai jawapan ke manakah murid pergi......

teng......teng.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sila klik http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/09/ke-sini-rupanya.html

Cuba teka


Murid hendak ke mana tu.......?

Wednesday, September 17, 2008

CUTI SEKOLAH.........NUZUL QURAN (170908)





BILA DAN BAGAIMANA AL-QURAN DITURUNKAN




Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M).

















Tuesday, September 16, 2008

Kemeriahan terasa



Disebabkan masalah teknikal, video tidak dapat dimuaturun. Harap maaf yea.....!

Karaoke Time

Untuk kelas Muzik minggu ini , murid dilatih berkaraoke lagu hari raya. Objektif agar murid boleh mengikut lirik lagu dengan betul mengikut alunan muzik.

Terima kasih pada Cikgu Ro yang sudi memeriahkan kelas pada hari tersebut.

Tanaman baru pada 28-8-2008

Setelah hasil kangkung telah dituai dan dijual, kini murid dengan bantuan guru dan ppm yang diketuai oleh Cikgu Mie menanam semula tanaman baru. Kali ini tanaman terdiri dari

a) Satu batas kacang panjang

b) Empat batas sayur sawi



Monday, September 15, 2008

Traaaaa...........kejutan buat murid



Seronoknya mereka mendapat duit raya pertama dari Guru Besar

Sunday, September 14, 2008

Kad raya untuk Guru Besar tersayang



Guru dan PPM mengiringi murid untuk menghantar kad raya kepada Guru Besar SK Dewan Beta, Encik Saad bin Arifin.


Beberapa minit kemudian ada kejutan dari pejabat sekolah untuk murid ........................Tunggu..............(entry seterusnya!)

Sesi membuat kad raya




Sempena hari raya yang bakal menjelang, murid diajar membuat kad raya untuk Guru Besar dan Ibu bapa masing-masing. Guru dan PPM membantu setiap murid mencari huruf untuk membentuk perkataan

S-E-L-A-M-A-T HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Daripada : Nama murid (ditulis sendiri oleh murid)











Slide membuat kad raya


Thursday, September 11, 2008

Harap maklum....ini aktiviti sebelum puasa

Disebabkan masalah teknikal, kini kami baru dapat berkongsi gambar penyediaan menu sarapan pagi yang telah diadakan pada bulan Julai 2008.

Kelas : Matapelajaran Kemahiran Hidup
Tajuk: Penyediaan sarapan pagi
Hari : Khamis
Tarikh: 31-7-2008
Masa : 8.00-10.00 pagi

Murid begitu teruja sekali,meski Guru Penyelaras , Cikgu Azman tidak dapat bersama kerana cuti menghadapi peperiksaan di OUM. Alhamdulilah semua aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama dari Cikgu Mie, Cikgu Na, Ummi Ha, Ummi Ha dan Abang Zie.


Tuesday, September 9, 2008

UPSR bermula


Kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 seluruh Malaysia, khususnya murid Sk Dewan Beta





Peperiksaan bermula 9-9-2008 hingga 11-9-2008.
Semoga ALLAH memberi kekuatan dan petunjuk kepada semua murid .


Selamat Berjuang!













Bulan Puasa - Minggu pertama



Sempena bulan puasa, murid dilatih berpuasa. Guru dan PPM sedaya mungkin memerhati murid agar tiada makanan dan minuman dibawa ke kelas.Carta Puasa dibuat untuk mengalakkan murid agar berlumba-lumba sesama mereka.Kesan yang amat positif bilamana mereka sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.

Carta puasa yang dikemaskini sehingga 9-9-2008 (bersamaan 9 Ramadhan)

1. Alya 4hari
2. Barakath 9 hari
3. Fauzan 6hari
4. Izleen 4hari

Thursday, September 4, 2008

Let's hula hop.....??







Murid begitu teruja mengikuti kelas manipulatif yang dibahagikan kepada dua bahagian:

a) Sesi gerakan mengikut lagu bersama gelung rotan

b) Permainan "sedia-lontar"

Monday, September 1, 2008

SALAM RAMADHAN


Daripada : Cikgu Azman (Penyelaras)
Cikgu Suhaimi,Cikgu Normahana
Abang Zamzi, Ummi Sameeha, Ummi Jefliza

Murid : Alya, Barakath, Fauzan,Izleen

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!


tema : perpaduan teras kejayaan



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


Friday, August 15, 2008

Selamat bercuti

Cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu bermula hari ini iaitu 15hb sehingga 23 hb Ogos 2008

Thursday, August 14, 2008

Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada hari Khamis 14hb Ogos, 2008 , pihak sekolah telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan yang ke 51 tahun. Kelas kami turut serta dalam acara perhimpunan merdeka dan senamrobik.


Tema: PERPADUAN TERAS KEJAYAAN







Tema Hari Kemerdekaan Ke 51

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


dipetik dari laman web http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/news/News_Item.asp?content_ID=42

Wednesday, August 13, 2008

Terkini dari kebun kami 10 .08.08

Lawatan sambil belajar ke Sk Seri Kota



Pada 13hb Ogos, 2008 (Rabu)

Aktiviti : Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan


Disertai oleh: 3 orang guru, 3 orang PPM dan 4 orang murid

Maklumat lanjut sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/08/sekitar-lawatan-ke-sk-seri-kota.html

Friday, August 8, 2008

Kelas kami di dalam akhbar Sinar Harian (Jumaat 08.08.08)


Lawatan dua dalam satu beri semangat baru

KOTA BHARU – Lawatan dua dalam satu yang diadakan Kelas Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembela-jaran) Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta memberikan satu semangat baru kepada muridnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Guru pendidikan khas, Normahana Mohd Nawawi berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada empat murid bersama ibu bapa masing-masing mengenai dunia pendidikan khas.

“Ini merupakan lawatan julung kali yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendi-dikan Khas Kelantan (3PK) Lati, Pasir Mas, dan pada masa yang sama kami turut meraikan hari kelahiran keempat-empat pelajar tunggal kami itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya ingin memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa itu berkenaan perkhidmatan yang disediakan jika anak-anak mereka dihantar ke sekolah khas.

Normahana berkata, ketika di sana, satu taklimat telah disampaikan Pegawai Audiologi, Hasnah Mamat dan Nik Noor Azman Mohd Yusoff mengenai sistem pembelajaran dan kaedah pengajian di sana.

Menurutnya mereka juga dibawa melawat beberapa buah pusat perkhidmatan yang terdiri dari play area, toy library, bilik audiologi dan bilik pertuturan.

“Kesemua ibu bapa yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan dan ini memberikan keyakinan kepada mereka apabila menghantar anak-anak untuk mengikuti pembelajaran di sekolah khas yang ada,’’ katanya.

Pada sebelah tengah harinya pula, kesemua murid diraikan dalam satu majlis yang ditaja khas oleh Restoran New Horizon Garden.

“Majlis ini diadakan khas bagi meraikan sambutan hari jadi mereka di mana pada majlis tersebut, mereka diraikan oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi ucapan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka,’’ katanya.

Beliau mengharapkan lawatan dua dalam satu itu dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya tidak mensia-siakan masa depan anak-anak mereka, kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah khas.