Tuesday, July 29, 2008

Majlis Sambutan Hari Jadi Kelas PPKI Sk Dewan Beta



Majlis Hari Keluarga dan sambutan Hari Jadi Murid Kelas PPKI telah dijalankan di Restoran New Horizon Garden pada 28 Julai 2008. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak restoran yang menaja majlis ini.. Semoga tajaan ini dapat mengaplikasikan masyarakat penyayang pihak koporat kepada golongan istimewa!


Sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/07/majlis-sambutan-hari-jadi-kelas-ppki-sk.html
untuk selanjutnya

PEMANDANGAN KELAS PPKI SK DEWAN BETA


Monday, July 28, 2008

Lawatan ke 3PK Kelantan

Kenangan bersama Pegawai Pertuturan dan Pegawai Audiologi

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Kelantan dikenali sebagai (3PK) terletak di Lati, Pasir Mas . Lawatan ke pusat perkhidmatan ini dapat memberi gambaran jelas kepada guru, ibubapa dan murid berkenaan perkhidmatan yang disediakan.Di sini kami diberikan taklimat tentang Sek.Keb.Pendidikan Khas ( SKPK) oleh Puan Gurubesar SKPK iaitu Puan Wan Rohani.Penerangan berkenaan 3PK disampaikan oleh Puan Hasnah bt Mamat iaitu pegawai audiologi bersama Encik Nik Noor Azman bin Mohd Yusoff


Sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/08/lawatan-ke-3pk-kelantan.html
untuk selanjutnya

Thursday, July 24, 2008

Aktiviti Berkebun



Murid diajar cara berkebun oleh Cikgu Suhaimi dan dibantu oleh cikgu serta ppm. Nilai murni tolong menolong dan bekerjasama ditekankan dalam aktiviti ini



Langkah demi langkah seperti berikut:

a) mengembur tanah dan membuat batas

b) menyemai bijih benih kangkung dan bendir

c) menyiram tanaman

Wednesday, July 23, 2008

Aktiviti murid di kelas






Di Taman Tema Splash

Aktiviti terapi renang di Taman Tema Splash diadakan pada hari Rabu , 23hb Julai, 2008. Guru dan PPM turut serta mengiringi murid-murid.Terapi renang baik untuk mereka melatih pergerakan anggota badan dan memeberi ketenangan dari segi emosi mereka.


Untuk melihat gambar seterusnya sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/07/terapi-air-taman-tema-splash.html

Akhirnya.....


Dengan lafaz Bismillah,

Blog ini diwujudkan khusus untuk Kelas Integrasi Pendidikan Khas SK Dewan Beta.
Kami akan cuba mengemaskinikan blog ini dari masa ke semasa dengan perkembangan terkini .