Sunday, August 31, 2008

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!


tema : perpaduan teras kejayaan



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


Friday, August 15, 2008

Selamat bercuti

Cuti pertengahan penggal kedua selama satu minggu bermula hari ini iaitu 15hb sehingga 23 hb Ogos 2008

Thursday, August 14, 2008

Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada hari Khamis 14hb Ogos, 2008 , pihak sekolah telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan yang ke 51 tahun. Kelas kami turut serta dalam acara perhimpunan merdeka dan senamrobik.


Tema: PERPADUAN TERAS KEJAYAAN







Tema Hari Kemerdekaan Ke 51

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


dipetik dari laman web http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/news/News_Item.asp?content_ID=42

Wednesday, August 13, 2008

Terkini dari kebun kami 10 .08.08

Lawatan sambil belajar ke Sk Seri Kota



Pada 13hb Ogos, 2008 (Rabu)

Aktiviti : Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan


Disertai oleh: 3 orang guru, 3 orang PPM dan 4 orang murid

Maklumat lanjut sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/08/sekitar-lawatan-ke-sk-seri-kota.html

Friday, August 8, 2008

Kelas kami di dalam akhbar Sinar Harian (Jumaat 08.08.08)


Lawatan dua dalam satu beri semangat baru

KOTA BHARU – Lawatan dua dalam satu yang diadakan Kelas Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembela-jaran) Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta memberikan satu semangat baru kepada muridnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.

Guru pendidikan khas, Normahana Mohd Nawawi berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada empat murid bersama ibu bapa masing-masing mengenai dunia pendidikan khas.

“Ini merupakan lawatan julung kali yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendi-dikan Khas Kelantan (3PK) Lati, Pasir Mas, dan pada masa yang sama kami turut meraikan hari kelahiran keempat-empat pelajar tunggal kami itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya ingin memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa itu berkenaan perkhidmatan yang disediakan jika anak-anak mereka dihantar ke sekolah khas.

Normahana berkata, ketika di sana, satu taklimat telah disampaikan Pegawai Audiologi, Hasnah Mamat dan Nik Noor Azman Mohd Yusoff mengenai sistem pembelajaran dan kaedah pengajian di sana.

Menurutnya mereka juga dibawa melawat beberapa buah pusat perkhidmatan yang terdiri dari play area, toy library, bilik audiologi dan bilik pertuturan.

“Kesemua ibu bapa yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan dan ini memberikan keyakinan kepada mereka apabila menghantar anak-anak untuk mengikuti pembelajaran di sekolah khas yang ada,’’ katanya.

Pada sebelah tengah harinya pula, kesemua murid diraikan dalam satu majlis yang ditaja khas oleh Restoran New Horizon Garden.

“Majlis ini diadakan khas bagi meraikan sambutan hari jadi mereka di mana pada majlis tersebut, mereka diraikan oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi ucapan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka,’’ katanya.

Beliau mengharapkan lawatan dua dalam satu itu dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya tidak mensia-siakan masa depan anak-anak mereka, kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah khas.