Saturday, November 29, 2008

Berhati-hati Semasa Cuti Sekolah

Kepada murid-murid PPKI SK. Dewan Beta, Cikgu ingin memberi beberapa peringatan mengenai menjaga keselamatan diri dimusim cuti sekolah:
  1. Musim ini hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir. Jangan bermain di tepi sungai atau tali air kerana musim ni tempat tu air agak dalam dan mengalir deras, jika terjatuh ke dalam sungai atau tali air kemungkinan kita tidak dapat menyelamatkan diri.
  2. Jika banjir, Jangan bermain air tersebut kerana ia membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah.
  3. Jika pergi bersiar-siar mestilah memberitahu ibu bapa dan hendaklah ditemani oleh adik beradik atau orang dewasa yang dikenali untuk menggelakkan berlaku perkara yang tidak diingini....

Ok..lah jaga diri baik-baik dan selamat bercuti..

Friday, November 28, 2008

Terima Kasih Banyok... dan selamat bertugas

Kami ingin mengucapkan selamat bertugas di musim cuti sekolah ini kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Kelas PPKI SK Dewan Beta ( Abang Zi, Ummi Za dan Ummi Ha) yang begitu komited dalam menjalankan tugas mengemas , membuat alat bantu mengajar dan menceriakan kelas demi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI SKDB. Walaupun kelas yang agak uzur dan berlaku kebocoran ketika musim hujan, tetapi usaha yang jitu daripada kalian semua dapat memberi "keserian" kelas tersebut. Semoga usaha anda mendapat balasan yang baik dari-Nya kelak... Terima Kasih Banyok..

Friday, November 21, 2008

Selamat Bercuti...

Kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid Kelas PPKI SK Dewan Beta sempena Cuti Akhir Semester 2 Tahun 2008 bermula 14 November 2008 hingga 3 Januari 2009. Persekolahan Tahun 2009 bermula 4 Januari 2009 (AHAD). Diharapkan semua murid dapat memenuhi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat menjaga keselamatan diri dengan baik... Kalau pergi bercuti tu.. jangan lupa beli ole-ole kat cikgu ye...

Wednesday, November 12, 2008

Takziah .......dari kami

Kami turut bersedih di atas kematian ayahanda kepada Guru Penyelaras PPKI kami, Cikgu Azman yang telah pulang ke rahmatullah pada jam 3pagi hari ini. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan solehin.

Al Fatihah

Wednesday, November 5, 2008

Tahniah Untuk Cikgu Na..


Warga Kelas PPKI SKDB mengucapkan tahniah kepada Cikgu Normahana Bt. Muhd Nawawi kerana telah mendapat tawaran mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) Pendidikan Khas... Selamat menjalani pengajian dan berkecimpung ke dunia perguruan Pendidikan Khas. Guru, PPM dan Murid Kelas PPKI SKDB sentiasa mendoakan kejayaan anda....Tahniah

Sunday, November 2, 2008

Demam peperiksaan...jawab elok-elok ye..

Pada minggu ini 2 hingga 6 November 2008 adalah minggu peperiksaan kelas PPKI SK Dewan Beta. Buat adik Barakah, Aliya, Fauzan dan Alin diucapkan selamat menjawab peperiksaan dan Good Luck.... Jangan tiru ye..