Friday, August 15, 2008
Selamat bercuti
Thursday, August 14, 2008
Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Tema: PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
| Tema Hari Kemerdekaan Ke 51 | |||||
![]() Tema : Perpaduan Teras Kejayaan Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. dipetik dari laman web http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/news/News_Item.asp?content_ID=42 | |||||
Wednesday, August 13, 2008
Lawatan sambil belajar ke Sk Seri Kota
Pada 13hb Ogos, 2008 (Rabu)
Aktiviti : Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan
Disertai oleh: 3 orang guru, 3 orang PPM dan 4 orang murid
Maklumat lanjut sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/08/sekitar-lawatan-ke-sk-seri-kota.html
Friday, August 8, 2008
Kelas kami di dalam akhbar Sinar Harian (Jumaat 08.08.08)

Lawatan dua dalam satu beri semangat baru

Guru pendidikan khas, Normahana Mohd Nawawi berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada empat murid bersama ibu bapa masing-masing mengenai dunia pendidikan khas.
“Ini merupakan lawatan julung kali yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendi-dikan Khas Kelantan (3PK) Lati, Pasir Mas, dan pada masa yang sama kami turut meraikan hari kelahiran keempat-empat pelajar tunggal kami itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya ingin memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa itu berkenaan perkhidmatan yang disediakan jika anak-anak mereka dihantar ke sekolah khas.
Normahana berkata, ketika di sana, satu taklimat telah disampaikan Pegawai Audiologi, Hasnah Mamat dan Nik Noor Azman Mohd Yusoff mengenai sistem pembelajaran dan kaedah pengajian di sana.
Menurutnya mereka juga dibawa melawat beberapa buah pusat perkhidmatan yang terdiri dari play area, toy library, bilik audiologi dan bilik pertuturan.
“Kesemua ibu bapa yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan dan ini memberikan keyakinan kepada mereka apabila menghantar anak-anak untuk mengikuti pembelajaran di sekolah khas yang ada,’’ katanya.
Pada sebelah tengah harinya pula, kesemua murid diraikan dalam satu majlis yang ditaja khas oleh Restoran New Horizon Garden.
“Majlis ini diadakan khas bagi meraikan sambutan hari jadi mereka di mana pada majlis tersebut, mereka diraikan oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi ucapan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka,’’ katanya.
Beliau mengharapkan lawatan dua dalam satu itu dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya tidak mensia-siakan masa depan anak-anak mereka, kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah khas.


