Sunday, December 7, 2008
SALAM AIDILADHA... 1429 HIJRAH
Friday, December 5, 2008
Kelas berwajah baru...
Pada musim cuti sekolah ini, PPM telah membuat pelbagai bahan bantu mengajar seperti gambar haiwan, bentuk, grafik yang menarik dan sebagainya untuk kelas bagi menghadapi sessi persekolahan 2009.Setiap ruang kelas dimanfaatkan sepenuhnya supaya dapat memberi ilmu dan pengalaman kepada murid istimewa. Tahniah diucapkan kepada Abang Zi, Ummi Ha dan Ummi Za di atas komitmen yang diberikan.
Saturday, November 29, 2008
Berhati-hati Semasa Cuti Sekolah
- Musim ini hujan lebat dan kemungkinan berlakunya banjir. Jangan bermain di tepi sungai atau tali air kerana musim ni tempat tu air agak dalam dan mengalir deras, jika terjatuh ke dalam sungai atau tali air kemungkinan kita tidak dapat menyelamatkan diri.
- Jika banjir, Jangan bermain air tersebut kerana ia membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan penyakit seperti cirit-birit dan muntah.
- Jika pergi bersiar-siar mestilah memberitahu ibu bapa dan hendaklah ditemani oleh adik beradik atau orang dewasa yang dikenali untuk menggelakkan berlaku perkara yang tidak diingini....
Ok..lah jaga diri baik-baik dan selamat bercuti..
Friday, November 28, 2008
Terima Kasih Banyok... dan selamat bertugas
Friday, November 21, 2008
Selamat Bercuti...
Wednesday, November 12, 2008
Takziah .......dari kami
Al Fatihah
Wednesday, November 5, 2008
Tahniah Untuk Cikgu Na..
Sunday, November 2, 2008
Demam peperiksaan...jawab elok-elok ye..
Monday, October 27, 2008
Sunday, October 26, 2008
Saturday, October 25, 2008
Jangan lupa yea......visit
Gambar di atas sebagai gimik
http://moreinfos.blogspot.com/
Friday, October 24, 2008
apa tu.......majlis raya di Sinar Harian rupanya!
DEWAN BETA – Kemeriahan sambutan hari raya Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta di sini, semalam dapat dirasai dengan kehadiran murid-murid berpakaian raya dan membawa juadah beramai-ramai.
Menurut guru penyelarasnya, Azman Abd Latif, murid-murid daripada kelas Integrasi Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) turut serta memeriahkan sambutan tersebut.
“Walaupun tidak seperti kanak-kanak lain, tetapi mereka juga begitu teruja apabila melihat suasana kemeriahan sambutan yang diadakan oleh pihak sekolah ini,’’ katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sebagai guru kepada kelas integrasi mereka sentiasa menggalakkan murid-murid istimewa itu untuk menyertai semua aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah.
Azman berkata, mereka tidak mahu murid-murid istimewa itu dilayan berbeza dan pendedahan seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengenali kehidupan sebenar.
Menurutnya, ia juga dapat memupuk keyakinan diri murid-murid istimewa agar mereka tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan murid-murid biasa di sekolah ini.
“Mereka juga sebahagian daripada warga sekolah dan kami di sini mahu melihat mereka rasa dihargai dan bersama-sama bergembira dalam majlis ini,’’ katanya.
petikan di sinar harian, sila klik di bawah
http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2082635.asp
Thursday, October 23, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Aktiviti kelas sebelum cuti
TENTATIF:
TEMPAT : KB MALL ( di Kota Bharu....yea!)
AKTIVITI:
a) Membawa murid ke pelbagai jenis kedai di mall
b) Perlawanan bowling raya
c) Jamuan akhir tahun kelas dan majlis perpisahan Cikgu Na (yang akan tamat
kontraknya sebagai gsst di SKDB)
Majlis Persaraan Cikgu Hasnah Ahmad
Pada 14-10-2008 merupakan detik kenangan sempena persaraan Cikgu Hasnah. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu yang mengajar Tahun 5 dan 6. Beliau telah berkhidmat di sekolah kami selama hampir 10 tahun. Semoga Cikgu Hasnah sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di persada persaraan.
Tuesday, October 21, 2008
Majlis Hari Raya Aidilfitri di sekolah kami
Pada 11hb Oktober 2008 yang lalu, kami turut serta meraikan majlis hari raya bersama pihak sekolah.Acara dimulakan dengan ceramah raya oleh penceramah jemputan.Kemudian kami berkumpul di kantin sekolah dan bersama menjamu selera dengan pelbagai juadah yang best-best.Pihak kantin juga tidak ketinggalan menjamu kami dengan hidangan percuma iaitu mee-hoon goreng.
Lamanya blog kami "cuti"....hehehe
Terima kasih di atas sokongan kalian...kami tau ramai silent readers yang sudi membaca blog kami yang tidak seberapa ini. Namun sedikit sebanyak dapat kita kongsi bersama aktiviti kelas kami ini.
Nantikan update kami seterusnya!
Sunday, September 28, 2008
Saturday, September 27, 2008
Friday, September 26, 2008
Bermulanya cuti........Raya Aidlfitri
Duit Puasa atau Raya...
p/s: Tempat keempat pastinya adik Izleen...tiada dalam gambar kerana dia tidak hadir.
Thursday, September 25, 2008
Its a BOY
Wednesday, September 24, 2008
Tuesday, September 23, 2008
Monday, September 22, 2008
Jarum dan benang
Untuk kelas kemahiran hidup pada 11-9-2008, murid diajar membuat bekas pensel yang diajar oleh Cikgu Suhaimi dan dibantu oleh Cikgu Azman dan PPM.
Untuk membuat bekas pensel :
a) kain- kami menggunakan jenis jeans agar tahan lama
b) jarum
c) benang
d) gunting
Syawal sudah terasa..........
Sunday, September 21, 2008
Saturday, September 20, 2008
Tahniah Ummi Ha
Thursday, September 18, 2008
Oooooo......ke situ
teng......teng.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sila klik http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/09/ke-sini-rupanya.html
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Karaoke Time
Untuk kelas Muzik minggu ini , murid dilatih berkaraoke lagu hari raya. Objektif agar murid boleh mengikut lirik lagu dengan betul mengikut alunan muzik.
Terima kasih pada Cikgu Ro yang sudi memeriahkan kelas pada hari tersebut.
Tanaman baru pada 28-8-2008
a) Satu batas kacang panjang
b) Empat batas sayur sawi
Monday, September 15, 2008
Sunday, September 14, 2008
Kad raya untuk Guru Besar tersayang
Sesi membuat kad raya
Thursday, September 11, 2008
Harap maklum....ini aktiviti sebelum puasa
Kelas : Matapelajaran Kemahiran Hidup
Tajuk: Penyediaan sarapan pagi
Hari : Khamis
Tarikh: 31-7-2008
Masa : 8.00-10.00 pagi
Murid begitu teruja sekali,meski Guru Penyelaras , Cikgu Azman tidak dapat bersama kerana cuti menghadapi peperiksaan di OUM. Alhamdulilah semua aktiviti berjalan lancar dengan kerjasama dari Cikgu Mie, Cikgu Na, Ummi Ha, Ummi Ha dan Abang Zie.
Tuesday, September 9, 2008
Bulan Puasa - Minggu pertama
Sempena bulan puasa, murid dilatih berpuasa. Guru dan PPM sedaya mungkin memerhati murid agar tiada makanan dan minuman dibawa ke kelas.Carta Puasa dibuat untuk mengalakkan murid agar berlumba-lumba sesama mereka.Kesan yang amat positif bilamana mereka sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.
Carta puasa yang dikemaskini sehingga 9-9-2008 (bersamaan 9 Ramadhan)
1. Alya 4hari
2. Barakath 9 hari
3. Fauzan 6hari
4. Izleen 4hari
Thursday, September 4, 2008
Let's hula hop.....??
Murid begitu teruja mengikuti kelas manipulatif yang dibahagikan kepada dua bahagian:
a) Sesi gerakan mengikut lagu bersama gelung rotan
b) Permainan "sedia-lontar"
Wednesday, September 3, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Monday, September 1, 2008
SALAM RAMADHAN
Sunday, August 31, 2008
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Tuesday, August 19, 2008
Blog tambahan
Kelas Integrasi Pendidikan Khas's Blogs
Blog Name | Team Members | |
---|---|---|
Learning Difficulties | | |
Keluarga PKSKDB | | |
KELAS P.P.K.I. (BP) SK DEWAN BETA | | |
Aktiviti Luar Kelas P.P.K.I |
Friday, August 15, 2008
Selamat bercuti
Thursday, August 14, 2008
Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Tema: PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Tema Hari Kemerdekaan Ke 51 | |||||
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. dipetik dari laman web http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/news/News_Item.asp?content_ID=42 |
Wednesday, August 13, 2008
Lawatan sambil belajar ke Sk Seri Kota
Pada 13hb Ogos, 2008 (Rabu)
Aktiviti : Lawatan ke Kelas Pendidikan Khas Integrasi
SK Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan
Disertai oleh: 3 orang guru, 3 orang PPM dan 4 orang murid
Maklumat lanjut sila ke http://aktivitiluar.blogspot.com/2008/08/sekitar-lawatan-ke-sk-seri-kota.html
Friday, August 8, 2008
Kelas kami di dalam akhbar Sinar Harian (Jumaat 08.08.08)
Lawatan dua dalam satu beri semangat baru
KOTA BHARU – Lawatan dua dalam satu yang diadakan Kelas Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembela-jaran) Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta memberikan satu semangat baru kepada muridnya yang juga merupakan kanak-kanak istimewa.
Guru pendidikan khas, Normahana Mohd Nawawi berkata, program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada empat murid bersama ibu bapa masing-masing mengenai dunia pendidikan khas.
“Ini merupakan lawatan julung kali yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Pendi-dikan Khas Kelantan (3PK) Lati, Pasir Mas, dan pada masa yang sama kami turut meraikan hari kelahiran keempat-empat pelajar tunggal kami itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya ingin memberikan gambaran yang jelas kepada ibu bapa kanak-kanak istimewa itu berkenaan perkhidmatan yang disediakan jika anak-anak mereka dihantar ke sekolah khas.
Normahana berkata, ketika di sana, satu taklimat telah disampaikan Pegawai Audiologi, Hasnah Mamat dan Nik Noor Azman Mohd Yusoff mengenai sistem pembelajaran dan kaedah pengajian di sana.
Menurutnya mereka juga dibawa melawat beberapa buah pusat perkhidmatan yang terdiri dari play area, toy library, bilik audiologi dan bilik pertuturan.
“Kesemua ibu bapa yang hadir berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan dan ini memberikan keyakinan kepada mereka apabila menghantar anak-anak untuk mengikuti pembelajaran di sekolah khas yang ada,’’ katanya.
Pada sebelah tengah harinya pula, kesemua murid diraikan dalam satu majlis yang ditaja khas oleh Restoran New Horizon Garden.
“Majlis ini diadakan khas bagi meraikan sambutan hari jadi mereka di mana pada majlis tersebut, mereka diraikan oleh ibu bapa masing-masing dan diiringi ucapan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka,’’ katanya.
Beliau mengharapkan lawatan dua dalam satu itu dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa supaya tidak mensia-siakan masa depan anak-anak mereka, kerana sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah khas.